CHERENGIN HILLS CONVENTION & SPA RESORT JANDA BAIK PAHANG

By BehindTheStory - April 10, 2019




As salam dan salam sejahtera semua...(cewah...dah macam nak berpidato)..

ok thread kali in, aku nak review Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik Pahang.
 Review ne sekadar pandangan dan perkongsian kepada pembaca blog aku (macam ada yang bace jer...hihihhihihih)... mana tahu lepas diaorang baca blog ne diorang terus booking.. naik sale dekat resort ne...(hahhahahhahahha).


Ne view dari lobby hotel..memang cantek sebab resort ne atas bukit dan boleh nampak view bukit-bukit di sekitar Janda Baik

Ne pulak view di sekitar resort ne..memang cantek dan tenang..memang kalau duduk dekat resort ne kita akan dapat menghirup udara yang segar.


Ok, pic aku dah belanje sekarang aku cerita sikit pasal diapunya kemudahan-kemudahan dan apa yang ada dekat resort ne. Dari segi bilik dia, resort ne ada bagi banyak pilihan,terpulang lah dekat bajet korang nak pilih bilik yang mana tapi aku ambil bilik Superior Room. Kenapa aku pilih bilik ne sebab ne company aku ada buat Teambuilding dekat sini dan kami pilih Superior Room untuk sesuaikan dengan bajet yang kami ada. tapi untuk korang terpulang ikut bajet yang ada. .Disebabkan resort ne dikelilingi dengan hutan dan atas bukit, bagi aku sapa yang nak tenangkan fikiran, nak rase kedamaian dan nak lari dari riuh bandar...resort ne amatlah sesuai. tenang jer......

Ok, rentetan dari ayat aku yang menyatakan ketenangan dan nak lari dari riuh bandar, dekat resort ne WIFI dia sanagat minima.. WIFI hanya boleh korang dapat dekat lobby dengan dekat bilik latihan.itu pun  kalau korang ada buat majlis atau buat kelas dekat bilik yang mereka sediakan..Dalam bilik tidur tak ada WIFI (aku tak tahu lah kalau ne kongsep resort supaya kita menghayati alam). tapi selama aku buat program dekat resort ne, aku duduk dekat Suprior Room jer. aku tak pastilah bilik yang lagi mahal ada ke tidak.(tapi macam tak logik pulak kalau dia letak dekat bilik mahal jer). Tapi korang bolehlah guna internet telefon korang cuma coverage kuat or tak kuat jer. Macam aku guna U-mobile dengan Celcom alhamdulilah dua-dua dekat sana ada line cume line tak pernah full tapi cukuplah untuk guna Internet dan ambil tahu apa yg terjadi dekat alam maya (hahahahahhaaahha)

Ok, untuk makanan pulak, resort ne menyediakan makanan-makanan kampung yang sangat baik dan sedap. tip-top semua makanan kampung yang disediakan. Macam aku pulak duduk dekat resort ne utk Teambuilding jadi makan 6 kali sehari dan memang perot tak per tak kenyang. sepanjang program kenyang saja perot ne. memang terbaek. Antara yang menjadi tarikan waktu sarapan adalah lempeng + telo goreng cicah dengan sambal cili(memang kaw habis), waktu lunch ada ayam masak belado, ikan masak lemak ikan masin, ikan keli masak sambal dan aku rase ada lebih 4 or 5 lagi lauk yang resort sediakan. Untuk makan malam pulak lauk lebih kurang sama dengan lunch punya menu dan masih terbaek.

Ok, untuk aktiviti yang korang boleh buat dekat sini ada macam macam . antara aktiviti yang wajib adalah jungle tracking, kenal alam dan pokok-pokok hutan. diaorang jugak akan ajar cara-cara survival dalam hutan contohnya buah apa boleh makan, masak menggunakan buluh dan ikhtiar hidup. Memang seronok kalau dapat belajar. kalau aktiviti yang lebih ekstrem sikit, korang boleh try paintball..ne pun satu aktiviti yang wajib korang cuba sebab padang dia gunakan hutan tu sendiri sebagai padang mainan. jadi memang terasa macam berperang dalam hutan.

Ok, terlupa pulak lagi satu resort juga ada menyediakan fasiliti seperti meja ping-pong, dart dan meja pool. korang boleh ke kaunter untuk mintak barang-barang untuk setiap game yang korang nak main. tapi kena jaga elok-elok dan main secara tertib sebab kita berkongsi dengan orang lain. dekat resort ne jugak macam biasa ada swimming Pool untuk org dewasa dan kanak-kanak. Cuma yang kurang resort tak ada Gym (patot kena ada baru kena dengan suasana yang tenang nak bina badan).

Ok, untuk last sekali secara keseluruhannya, resort ne sesuai untuk family, pasangan yang baru berkahwin, untuk family day program, untuk teambuilding program dan untuk mere-mereka yang ingin mencari ketenangan. Harga berpatutan dengan keselesaan yang diberikan.

last aku tuutp dengan dua pic untuk bagi korang cemburu sikit..

Ok, last sekali kalau korang nak lagi details dan maklumat,korang boleh jenguk sendiri dekat website diorang http://www.cherenginhills.com



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

CHERENGIN HILLS CONVENTION & SPA RESORT JANDA BAIK PAHANG

As salam dan salam sejahtera semua...(cewah...dah macam nak berpidato).. ok thread kali in, aku nak review Cherengin Hills Convention ...