Suami mesti ambil tahu...bukan isteri sahaja...
Ok, Thread ne aku tujukan kepada sang suami-suami diluar sana termasuk aku. kenapa aku cakap suami kena wajib tahu sebab kita buat sama-sama. Jadi jangan letak semua tanggungjawab dekat wife kau. Tu namanya "bangkai punya suami" buat pandai lepas tu nak lepas tangan. Apa aku maksudkan adalah apabila wife korang disahkan mengadung. Sang suami kena ambil inisiatif untuk membantu wife kita, apa perkara yang patut dilakukan. Ok. kat sini aku akan kongsikan info-info yang Sang suami boleh buat untuk membantu wife korang. Ok, lepas korang buat ujian Pregnancy test yang korang boleh beli kat mana-mana farmasi dengan kepelbagaian jenama dan harga. fungsi sama saje, letak air kencing dan lepas 1 or 2 minit keluar 2 line secara amnya wife kita mengandung(positif) dan kalau 1 line jer korang kene usaha lagi. Untuk kepastian lagi terus bawak wife ke klinik kesihatan bagi confirmkan betul ke tidak wife kita mengandung dan kalau betul nurse akan terus keluarkan buku merah untuk wife kita bagi kelancaran temujanji untuk check-up wife dan anak dalam kandungan. Macam mana rupa buku merah (rujuk pic dekat bawah).
.Ok. macam tempat aku dekat pekan Sg Pelek senang. Datang bawak badan Sang suami dan wife jumpa nurse dekat klinik kesihatan ibu & anak. Cakap wife dah tak datang bulan dan sudah buat Prenancy Test keputusannya positif (kalau nurse macam blur2 bagi jer ujian Pregnancy Test tu kat dia...hahahahaha). Lepas tu terus nurse buatkan Buku Merah. kenalah interview sikit Sang suami dan wife. wife lak kene ambil darah dan berat badan. Ok. buku merah ne kenalah wife bawak kemana saja sebab semua rekod mengenai wife dan anak dalam kandungan tu ada Doc rekodkan siap-siap. Jadi kalau berlaku kecemasan dimana-mana, Doc yang merawat boleh rujuk dekat Buku Merah. Tak payahlah Doc nak tanya-tanya kita lagi.
Ok. untuk pertama kali punya temujanji aku sarankan buat terus check gigi sebab senang(aku ngan wife pun baru tahu kene buat, tu pun Doc bagi tahu. Kalau tak haram jadah nak tau. Al-maklumlah first time). Mana taknya klinik gigi kerajaan bukan senang nak pegi, ada time-timenya. dah alang-alang korang g check baby terus je g klinik gigi check. ini wajib untuk pertama kali tau. Lepas dah buat semua settle. tunggu jerlah next temujanji ( nurse akan tulis tarikh dekan buku merah). bagi aku yg kali pertama ne, excited tu memang memuncak jadi memang kene ambil tahu bila tarikh temujanji semua, sebab aku yang akan bawak wife g temujanji dan kalau aku outstation terpaksalah aku anta wife ke kg utk dia check-up dekat sana. (mak mertua yg antakan..p/s tq mak). Ok. ne jerlah dulu info utk yang pertama kali akan menimang cahaya mata. tunggu thread aku yang lain untuk isu-isu yang berkaitan dengan Sang Suami, wife dan anak yg wife kandungkan.
0 comments